mishnurulmishnurulmishnurulmishnurulmishnurulmishnurulmishnurulmishnurulmishnurulmishnurulmishnurulmishnurulmishnurul

Wednesday, November 30, 2011

Lelaki suka Perempuan

♥ Cakap jujur itu penting , kalau nak menipu tak payah couple
♥ Selalu senyum menawan bagi mereka tertawan , tapi jangan sampai dia mengawan . Harr ! Awas
♥ Jangan bodoh sombong . kalau dah memang bodoh jangan lah sombong ek (:
♥ Mak cakap air tangan perempuan gle power ! so kalau pandai masak tuh memamg laki sayang lah  sampai bila bila , ek ??
♥ Kena low profile je . Tak perlu menunjuk nunjuk bagui sangat lahh
♥ Kena bersifat baik , kata orang kalau cantik hati cantiklah mukanya . Kalau buruk hati buruklah mukanya
♥ Kena lemah lembut percakapan & bahasa badan . Cehhh mesti dia tak kedip kedip mata gituuu :D
♥ Jangan Queen Control sangat aih ! Bialah sekali sekala dia merayap dengan sahabat mahabat dia . cakap " Lantak ang lah " mesti dia ag suka . Bhahaha !
♥ Kita kena talk talk je . Lelaki suka perempuan yang cakap terui terang . So no need berkias kias . 
♥ Jangan tanya soalan yang bodoh bodoh sangat . laki mungkin tak suka perempuan yang tak supe bikin camni . Contohnya tanya " Ehhh , mak awak tak suka . saya suka . so what ? " (sumpahlah dia mgamuk punyaaa) .________.
♥ Lelaki nih payah nak setia , kalau dia dah setia . itu sangat hebat . Maka setia kita itu penting . Kalau suka keluar dengan laki lain walaupun kawan itu curang namanya , bermakna tak setia bagi seorang lelaki
♥ Bersifatlah matured , tapi kena ikut masa lah babe , kalau matured sangat pun mesti tak besh . Kenalah berperangai kebudak budakan sikit . Lelaki mesti suka , tuh manja meaningnya . #Kan kan kan ? I setuju sgt . heeee 
♥ Janganlah garang sangat , nanti lelaki rasa egonya jatuh . #tapi aku akui aku garang :DD
♥ Sebagai perempuan , tak payah lah nak skema skema sgt doh . Lelaki tak suka kot :)
♥ Lelaki suka kita hambek berat tentang dia , sebab tuh salah satu cara dia pikir kita sayang dekat dia 
♥ Lelaki suka kita jaga adap sebagi perempuan , diowang takmo kita berperangai macam bohsia . So kita perlulah bersikap elok . Bagi mereka sebagai isteri itulah yang dia harapkan , tapi jika untuk d permainkan dia tidak akan peduli macamana pun perangai adab kita

♥ Sebagai perempuan , janganlah kita kikis duit dia . Melainkan dia yang rela hati bagi . Tak perlu pandang harta , pandanglah hati cukupppp ~

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

SAHABAT

Jangan dinilai sesuatu sekadar zahirnya semata ,
Pandanglah dengan mata hati ,
Renungkan dengan akal ,
Fikirlah dengan iman ,
InsyaAllah kita akan megerti erti SAHABAT .


Hari ini aku berfikir , betulkah aku benar - benar faham apa itu persahabatan ?
Ingin aku lontarkan sedikit perasaan yang memang sukar untuk diceritakan . Kita bangga menjadi kaya , tetapi kita lupa dimana kemiskinan kita . . . Kita suka menjadi orang yang berada dipuncak , tetapi kita lupa dimana kita akan kembali ketika sudah tidak bernyawa lagi . .. . Kita pandai mencari teman hidup , tapi kita lupa hidup kita untuk apa ? . . . Kita tahu kita mudah mencari kawan , tetapi kita lupa bagaimana mencari seorang sahabat sejati .


Kali ini ! Aku menjumpainya -________- & tak mungkin akan aku lupa betapa hebatnya sahabat yang sentiasa berada dihatiku . 





 Terima Kasih atas persahabatan ini ♥ ♥ 

Sunday, November 20, 2011

Tak Patut Bila Putus Cinta

Perpisahan dalam sesuatu hubungan adalah lumrah kehidupan sebagai seorang manusia . Kita perlu menerima hakikat bahawa pasangan kita sebelum ini bukan lagi milik kita . Kadang kadang kann bila kita tak dapat terima kenyataan , so banyak lah benda benda tak betul kita buat , macam ::
1.  Call call  bekas pasangan setiap kali kita ingatkan dia
Memang lah tiap kali baru je putus kita akan ingat tak habes habes ingat kt pasangan kita tuh , memey fakta kita sukar nak lupakann  . Weell , tuh normal lah kan :D pandai ahh kawal . Kita try lah wt benda yang boleyh lupakan pasangan , main games ke , Congkak ke , Dam haji ke , Haha ! Nak calling sekejap jap tuh tape lah , yang matters nye nih kan kita doq calling setiap masa macam tak dapat terima kita berdua dah CLASH ! Tamo lah cmni , jiwa kacauuu baiii -____________-  
2.  Update status like crazy frog katt fb
Uols tahu kann  fesbuk laman soSIAL nak meluahkan perasaan . Bila kita berpisah , tak perlulah nak heboh heboh sgt aih  , rase nye tuh menjijikann orang lain kot . Hubungan uols tuh kann peribadi , better tak payah lah nak aibkan dia kt khalayak owg ramai kt fesbukk tuh , bukan artis pun kann . Kag tak pasal pasal hubungan tuh jd musuh plak .
3. Buruk burukan ex
Benda cmni bila dah putus biasa lah jadi salu nyee . Due due pihak  nak buruk kan ex dowang tuh . #Cakap ex dia tuh ada kurap lah , penyakit sawan lah , Ishhh3 , Tade manfaat lah bende alah nih . Tapi kalau kita betul-betul sayanggg , cintaaa , winn winduuu dia , mesti kita mengharapkan yang terbaik dan bukannya meburuk-burukkan dia kann ? 
*Apa yang lebih mengejutkan adalah perbuatan ini lebih ramai dilakukan oleh kaum LELAKI !
4. Kelam kabut lah hai nak cari pasangan baru
Tengok jelh kan , bile dah putus masing masing nak cari gf / bf baru . Takut maket jatuh . tgk kt fesbuk tuh cepat je dah ada new relationship . Tak paham lah ! Pastu buh pic pasangan baru tuh kt DP . so sweet kan , heeee ~

5. Forward semua msg time time tengah bercinta

Masa bercinta dulu setiap pasangan mesti ada mesej cute bagi kt pasangan masing masing kann ? Kononnya nak hidup sematilah , janji nak ada anaklah, hmm " U je dalam hati I tade orang lain " & macam macam lah . So ble dah clash mula lah bagi semula mesej tuh kt pasangan , nak bagi ingat lah hubungan tuh semula . Kata kata bagi nak pujuk hati semula . tak payah lah kan ! nak putus sudah lah . mungkin tade jodoh dah . terima je . Ada jodoh tak kemana (:

6. Keluarkan segala janji manis 

Pasangan yang putus nih selalunya bergaduh disebabkan something yang tak kena . dah putus tuh mula lah c pasangan berjanji tak kan ulang .

" Cygg , b janji lepas nih b tak buat lagi . b takkan main futsal tengah tengah malam lepas nih , Pomis !"

Eleyy tak payah lah nak janji manismu sangat , time dah putus lah janji tuh ini . Nanti dah bagi second peluang tade makna janji janji tuh . Still buat lagi ! Oke kesimpulannya jagalah pasangan kita selagi kita ada pasangan . Kbai >.<





Saturday, November 19, 2011

Saya tinggalkan awak supaya awak jumpa orang yang lebih baik dari saya, tolong faham. Saya selalu sakitkan hati awak, maafkan saya.

Friday, November 18, 2011

Egokah seorang lelaki ?

ada sesetengah orang lelaki sukar meluahkan kata maaf . Fakta nih mungkin dinafikan oleh orang lelaki kann ? Tapi nih lah faktanya . kata - kata nih sukar dikeluarkan lebih lagi pada pasangannya sendiri .


Memiliki Ego yang sangat tinggi - C tinggi KLCC pun sumpah kalah !
Lelaki yang ad ego tinggi nih biasanya sukar nak luahkan kata maaf meskipun disudut hatinya tuh megakui dirinya memey lah bersalah . Golongan ini lebih mengutamakan maruah dirinya daripada terpaksa menjatuhkan maruahnya tuh semata - mata nak menuturkan kata maaf . Jadi tak heranlah lelaki mengutamakan ego sendiri daripada hati pasangannya .


Memperlihatkan kelemahan diri 
Memohon maaf juga merupakan tindakan yang boleyh menampakkan kelemahan dirinya secara terang - terangan ! Kelihatan lemah d mata perempuan adalah perkara terkutuk bagi seorang lelaki . Bagi sesetengah lelaki kata maaf merupakan simbol kelemahan diri & menjatuhkan maruah . Ekk ? Gitu kee :D


Tidak suka mengaku kesalahan 
Ntah kadang lelaki nih kann rasa kesalahan merupakan tanda ketidakmampuan . Jika wanita mengakui kesalahan dengan kata maaf , lelaki pula sebaliknya . Kadang - kadang mereka bersikap kasar dan tak mahu berkata maaf . 


Kalau kita cakap " Ehh , awak keluar semalam tak bagitahu saya pun " nanti lelaki akan cakap " Elehh . awak tuh pun kadang cmtu jugak ! "


*Haha , mana mungkin nak keluarkan kata maaf kat pasangan , nak cari salah kita pulak adalah . Phew !


Tindakan bicara lebih jelas dari kata - kata 
Enggan memohon maaf secara terbuka tuh biasa . lelaki lebih suka memohon maaf dengan perlakuan atau perbuatan . Adohyaii . susah sangat lah nak cakap MAAF !


" Sayangg , ritu cakap nak beli jam couple kan ? yg Donald Duck tuh , sayang suke kann ? Nahhh ! Abang dah belikan dah jam nya . Hambeklah , kita pakai sesame . Dah tamo marah2 lagi eh ? "


Hadiah lebih interpretasi , lebih mudah dari nak ucapkan kata maaf .


Bimbang maaf tak diterima 
Sometime lelaki nih takmo luahkan maaf sebab takut maaf tuh tak diterima . Mereka akan berfikiran negatif dan dilemma ingin lauhkan maaf . Mereka akan merfikir - fikir kesesuian ingin memohon maaf . 


" You nape tak eply mesej ? " 
" g toilet tadi . berakk ! "
" tipu lahh "
" Erkk , tade lah main game , heeeeee " 
" Hello3 . nape diam ? marah ek ? . . Ala nanti gtaw die marah , majuk  "



Hapeh kejadahnya dah tahu lagi bertanya ! pasangan tuh marah kann . Say jelah " Maaf you :( "


Susah ek . susah ek ???


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


http://mishnurul-yaitsme.blogspot.com/



Luahan Hati Seorang Awek

Kadang dalam satu hubungan di antara pasangan kekasih (selalunya remaja) selalunya tutur kata tidak selari dengan apa di dalam hati . . Ini selalu berlaku ketika pasangan tersebut dalam menjaga hati pasangannya yang lain . .

*Tengah borak ngn member aku pasal nih , so aku nak lah entry kann dalam blog nih .

Di sini beberapa contoh yang biasa kita lihat atau dengar. . Dan aku buat beberapa contoh dari luahan hati seorang perempuan kepada lelaki . .

Kalau awek tu cakap : bla bla bla . . .

Kalau awek tu cakap : Awak awak . . Next time kita sembang lagi ek . .
Maknanya : Dah la . . Boring sembang ngn kau . .

Kalau awek tuh cakap : Its okey , saya tak kisah . .
Maknanya : sape kata aku tak kisah ?

Kalau awek tu cakap : Saya suka dekat awak . . tapi better kita kawan je , saya tak bersedia lah lagi awak . .
Maknanya : aku memang tak nak kat kau ,  kau bukan taste aku dah . .

Kalau awek tu cakap : eh eh ! Awak ada call saya ke ? Takde pun Miss Call . .
Maknanya : Malas aku nak melayan kau . .

Kalau awek tu cakap : Next time yek . . Saya bz la sekarang ni , nanti kita keluar lah , saya call awak nt ek :|
Maknanya : aku tamo keluar ngn kau , tak reti2 bahasa lagi ke ? ?


Kalau awek tu cakap : I tak kisah penampilan u macam mana pun
Maknanya : selekehnya pak we aku nih .

Kalau awek tu cakap : lain kali kita keluar lagi ekk ? I kena balik cepat lah , ada hal .
Maknanya : inilah first and last aku keluar ngan kau . .

Kalau awek tu cakap : saya suka lelaki yg mcm nih , mcm tu . bla . . bla .. bla .
Maknanya : excuse me ! ciri2 tuh tak ad kt kau , so paham2 sendiri lah .

Kalau awek tu cakap : u keje kat mana ? as what ?
Maknanya : kalo setakat keje ntah hapa2 tak payah lah ngorat aku :))

HAHA . lawak lawak . . Aku saja suka suka je haa . . . sebenarnya aku tak setuju pun orang cakap cmni . -_- 

Merajuk

Sudah hampir seminggu kami bertekak tak sudah . Aku kata dia curang , dia kata aku curang dan masih tiada kata putus akan hubungan kami . Mood aku lari jauh ke hujung otak pikiran . Hanya fesbuk menjadi teman tatkala melayan perasaan di dalam perut bilik tidur . Setiap kali berjumpa awalnya seperti sudah hampir reda , tetapi akhirnya pergaduhan mulut , bertekaklah , bukan gaduh pakai mulut ; lain makna tuh . Bhahaha :D

" Hei kau , kau gelisah resah tak menentu selebet je ni apahal ? senyap muram durja je . Biasa layan gelak kau "


" hai , apa nasiblah aku nih semenjak - menjak ni kawan oii, sakit kepala aku fikirkan balak aku tuh.  tak habis - habis Dia kata aku curang , padahal member je . Aku keluar pergi lepak je dengan tooot tu, bukan pergi Hotel ke Motel pun. " jelasku . Entah apa yang dicemburukan sangat antara aku dan toot tuh pun aku tak tahu .


------------------------------------------------------------


Itu cerita aku dengan balak aku . Abaikan dahulu.


Maksud Merajuk .

selalunya digunakan untuk menarik perhatian seseorang atau suatu kumpulan manusia. Apabila ada keinginan berkehendakkan sesuatu tidak kiralah hendakkan barang , perlakuan , perasaan atau siakap . Hah ? SIAKAP . bhaha " sikap " pada seseorang itu mengikut kehendak dan kemahuan kita dan ianya tidak dipatuhi , perlakuan merajuk ini boleh terjadi.

" yela Awang oii... kiteww ajak teman kiteww mesej pun u taknak dah kan . Orang tu dah ada kawan kannn, "  ujar Wak merealisasikan unsur merajuknya pada si Awang .

Oke perlakuan rajuk ini normal di kalangan kita tak kiralah sekeras mana hati minah / minah tuh atau setaf / solid molid nya dia . Tetap merajuk gak kalau kena dengan cara dia contohnya dengan awek. Badan ketak, muka parut, ada rantai gantung sini sana macam pokok krismas bak kata heliza dalam syurga cinta tapi bila awek kenselkan dating , tarik muka tak hingat ! merajuk dengan awek sampai muka ganas bertukar lembut serupa platipus . Siap mms muka merajuk dia dekat awek. Nak mintak simpati le tu ( cerita tipu )

Sepanjang 22 tahun aku hidup ni , macam - macam jenis merajuk aku jumpa. Kali ni aku nak menjelaskan tentang merajuk yang pernah aku alami atau hadapi sama ada dari jiwa kecil aku sendiri ataupun pengalaman melihat orang sekeliling aku .




-----------------------------------------------------------

1. Merajuk " TACING " ( lembut hati )

merajuk tacing ini ialah jenis merajuk yang paling senang kita jumpa . Jenis merajuk sebegini ialah merajuk pada benda - benda kecil sahaja. Biasa ditemui pada perempuan dan kaum hawa. Buat salah sedikit je dah tarik muka , kira benda - benda kecik lah macam kes - kes terlupa , terlepas pandang , salah gurau dan  macam  - macam lagi . Dalam persahabatan selalu terjadi . Jenis orang MUDAH TACINGla senang cakap (like me -.-) Semua benda kalau tak kena dengan gaya dia , memang tacingla tak sudah.

*rileks dan jangan risau , merajuk sebegini sekejap sahaja . Biarkan dia kejap, nanti dia yang tegur kita. 


2. Merajuk " HARUK " ( gila )

Merajuk yang jenis kerja nak terjerit terlolong je dan tak penyabar punya manusia . Kebiasaannya lelaki yang tacing macam ni , tapi perempuan juga tidak terlepas kerana tacing ini lebih menarik perhatian sama ada pada si pelaku kesalahan itu ataupun perhatian member - member sekeliling yang rasa nak terajang je pakai siku kat buku lali dia.
merajuk ini dipengaruhi perasaan marah dan biasanya orang bercinta merajuk gaya ini . Kan3 (:
nak dipendekkan kisah , merajuk sebegini biasanya terbawa - bawa sampai semua benda nampak salah je bila dia tengok .

" Yela ! aku jela yang salah! kau je yang betul ! yang buruk nye datang dari aq . huhhh !! " contoh ayat haruk dalam merajuk.

nak setelkan ni kena pujuklah sendiri yerk guna cara masing - masing . Senang pujuk kalau kena cara tapi kalau silap , boleh makan kaki ataupun sup tangan 5 .
*AMARAN: Jangan bergurau dengan along dil . 


3. Merajuk " SESUKA " ( wokluu lah sesaje )

Merajuk ni ialah jenis merajuk gedik yang biasa terjadi dalam kisah cinta ataupun sesama member . Niatnya ikhlas dan tulus hanya kerana ingin menarik perhatian seseorang ataupun sekelompok manusia itu . Point dia merajuk amat - amat ringan dan janji boleh je . Korang pernah bercinta ? pernah sesaje merajuk ? Yang perempuan mesti ada yang pernah punya . Hahaha . Oke2 ngaku jela -.-

kadang best melayan merajuk macam ni sebab nampaklah macam sweet kan, tapi kadang - kadang rasa nak cabut je pankreas baru dia tahu erti penyesalan ! HAHA ( gelak kejam giler babi )


4. Merajuk " HANJING " ( annoying macam haram )

merajuk sebegini ialah merajuk yang tidak bertempat yang boleh menimbulkan sakit hati yang amat . Aku ambil contoh senanglah , katakan ada satu kapel ni bercinta kan antara Mat dan Mina.

Kota Tinggi , Johor - Mat sudah berjanji dengan aweknya Mina untuk keluar makan bersama sesudah maghrib tetapi Mat terpaksa membatalkan temujanjinya kerana ingin menghantar emaknya ke klinik kerana virus kencing tikus  . Segala keadaan sudah diterangkan pada si Mina di atas kesulitan yang amat dikesali itu tetapi Mina dengan rileknya memberikan ayat tacing mengharap dipujuk.  Jangkaannya meleset rupanya. Mat menghantar MMS muka dia senyum sambil mengangkat tangan seperti sedang berikrar. Di bawah gambar ada kata - kata keramat darinya :

" Antara emak saya dan awak, pastinya emak saya diberi keutamaan. Kau nak merajuk, pergi mampus. Dah, esok saya nak cari awek baru. Fak u. "

ok, situasi dah terbalik. Si awek pula kena pujuk. Lantaklah korang , malas aku masuk campur. Sesuka aku je reka cerita tipu.


Lebih Lanjut! : Tunggu mud ada :) Ehehehe ~

antara kita

" Apa? "
tanya dia
" Tiada apa - apa "
Bukan mencarik hati
Cuma aku tidak mengerti
Dalam senyum aku terduduk
Ertinya tiada diam menunduk

Agaknya apa yang ku mahu?
Agaknya apa yang kau tahu?
Tiadanya aku tahu
Tiadanya kau mahu
Kerana aku ialah aku
Yang bukan siapa - siapa
Aku     Dia
Aku      Dia
Dekat dalam jauh
Jauh dalam dekat

♥ Awak Awak Awakkk ♥

Awak kena paham , 
kenapa saya cemburu tengok awak , 
sebab cemburu tu tandanya sayang kannn ?
Awak kena paham kenapa kadang - kadang saya merajuk ? 
sebab saya nak kann perhatian daripada awak !
Awak kena paham ,
kenapa saya selalu call & sms awak , 
sebab saya rindukan awak (:
Awak kena paham kenapa kadang - kadang saya marahkann awak , 
sebab saya nak kann yang terbaik untuk awak .
Awak kena paham kenapa saya suka mengadu dengan awak , 
sebab awak lahh segalanya bagi saya . 
saya nak awak jew yang tahu  ♥

Thursday, November 17, 2011

Cerpen


Kisah benar.

Bermula di bangku sekolah rendah Wiwid merupakan seorang yang agak nakal di banding teman2 lain. Dia digelar 'jantan' oleh rakan-rakan lelaki yg kerap mngejeknya.Tambahan pula ,dia telah di ajar oleh ayah tiri yg menyayanginya seperti anak kandungnya sendiri menyuruhnya melawan sekiranya ada yang mengganggu! Perwatakannya yang keras, kerap berambut pendek, berpakaian lelaki dan suka menghabiskan masa di tengah panas bermain bola amat merisaukan ibunya. 


Meningkat usianya pada 15 tahun, keinginan untuk mempunyai boyfriend seperti teman2 lain membuatkannya ingin berubah tapi tak ada yang sudi hulurkan tangan untuknya. Make up di beli secara diam2, pakaian yg mlambangkan seorANg perempuan juga turut di cuba tapi ejekan dan tertawa yg kEterlaluan di terima sampai ada jua yang mengambil gambar Wiwid dengan make up sangat teruk dan amat memalukan.

Lelaki itu,Irfan senior yang di sukainya berjaya di dapatkan tetapi malang bagi Wiwid apabila di tinggalkan di tepi jalan pada suatu malam.Wiwid lemah pabila di noda beberapa kali oleh teman sekampung lalu di bantu oleh ibunya untuk terus bangkit melawan nasib yang menimpa diri.5 tahun telah berlalu, Irfan mula mencari Wiwid untuk meminta seribu kemaafan yang telah dia lakukan.

Pertemuan yang tak terjangka membuatkan Irfan terkejut dengan keayuan dan kelembutan Wiwid.Wiwid yang di hadapannya berelendang yang di lilit mengikut trend anak muda sekarang.Baju yang masih menutup aurat tapi melambangkan kewanitaannya.Wiwid memberi salam dan tanpa sepatah perkatan Wiwid terlebih dahulu mengatakan bahawa dia telah memaafkan kesalahannya membuatkan Irfan terkedu dan malu sendiri.

Teman2 Irfan mula berbisik dan menanyakan tentang siapakah Wiwid tanpa mengetahui wiwid itulah orang yang dipersendakan suatu masa dahulu.Hati Irfan terdetik mahu mendapatkan Wiwid kembali namun ditolak secara lembut oleh Wiwid walaupun tahu Irfan nekad dengan kata-katanya.

bersambung......< Setia >

Ehehehe , tade mud dah .

Wednesday, November 16, 2011

ily so much babe !


just one word : i love you so much friend . 

OMG OMG " Patah Seribu "

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu
oh ,  patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan
Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah . . . . 

*teringatkan someone :'(

beza cinta LELAKI & PEREMPUAN

assalamualaikum ! jawab, jgn tak jawab. jawab dalam hati pun pahala masuk . hehe. 

ttiba today tegerak hati nak update blog yang dah tahu nak update hapeh sgt ni dgn entry psl tajuk di atas sinunn --- 

udah2 lah nak nafi kan yang memang laki ngan pmpuan nih sifat dia mmg la bberza. that's y la wujud nye cinta. *ehem2. HAHA. malu sbnr nye nak borak pasal ni tp ni la fact yg mmg perlu kte hadap. motif cinta tu, kenal ati budi masing2 sbb dua2 nye blainan sifat. dan sebab tu jugak la hbgn sejenis SANGAT2 lah di larang sebab ?? sebab masing2 sifat sama je ! then y perlu bcinta sakan kn ? it's just wasting their time to being in love for NO ENDING. so, what for ?

mbebel panjang2 pon tarak guna. jom check pe beza laki dan pmpuan 
 for all this reason, tipu lah kite xpernah gado pasal hal2 yang kocikk :)

1. Faktor romantis

Wanita : Sebanyak 40 % wanita cakap yang pasangan atau suami mereka tidak romantik.

Lelaki : Sebaliknya 75 % lelaki menyatakan diri dorang dah cukup romantik dah !
2. Ucapan “ Saya cinta awak ”

Wanita : Lebih dari 43 % wanita mengatakan “ Saya cinta awak ” setiap hari , lebih dari 5 kali , hanya kerana nak tunjuk yang mereka ni sayang gile dgn psgn dorang.
Lelaki : Sebanyak 18 % je kott  lelaki mengatakan “ Saya cinta awak ” hanya untuk menjaga perasaan pasangan nye . 
pastu 20 % cakap " saya cinta awak " tuh seminggu skali tapi they really mean it :)

3. Menangis

Wanita : Sebanyak 75 % wanita menangis paling kurang satu kali dalam satu bulan .
paling tak pun , satu kali seminggu . 
Lelaki : Hampir 5 % lelaki tidak pernah menangis apapun alasannya . 
Sekitar 38 % mengaku dorang menangis sebab orang yang mereka sayangi. . that so sweet ! HAHA

4. Pernikahan


Wanita : Sebanyak 55 % wanita mengatakan bahawa mereka  teruja untuk menempuh dunia perkahwinan. tak kesah lah tunang ke nikah , comfirm pmpuan yang akan excited lebih. so do i ! HAHA

Lelaki : Sekitar 33 % lelaki tidak akan melanjutkan hubungan kecuali mereka merasa pasangannya akan menjadi isteri yang berpontensi . 
Lebih dari 85 % lelaki percaya ,diorang akan amek awek dorang jadi isteri bila dowg tol2 sayang kann awek dowg takot khilangan nye :)

5. Putus hubungan

Wanita: Sebanyak 27 % wanita pernah diputuskan hubungan melalui chatting atau sms. 
Sebanyak 16 %wanita diputuskan hanya dengan ditinggalkan begitu saja dan tidak pernah berkomunikasi lagi. tapi 40 % perempuan, tegas memutus kann phubungan bila mereka rasa tiada hrapan lagi atau pasangan nye mlampaui batas.
Lelaki : Sebanyak 80 % lelaki percaya bahawa memutuskan hubungan harus dilakukan dengan bertemu muka. Hanya 4 % percaya tidak masalah jika putus melalui telefon atau teknologi lainnya seperti email, chatting atau sms.

*so itu la sebab nye, kalau kite de pasangan, adat lahh tuh ad masam2 muke sikit , majok sikit kan. HAHA. hope info ni jadi lesson supaya kite ley improve diri masing2 :)