Sudah hampir seminggu kami bertekak tak sudah . Aku kata dia curang , dia kata aku curang dan masih tiada kata putus akan hubungan kami . Mood aku lari jauh ke hujung otak pikiran . Hanya fesbuk menjadi teman tatkala melayan perasaan di dalam perut bilik tidur . Setiap kali berjumpa awalnya seperti sudah hampir reda , tetapi akhirnya pergaduhan mulut , bertekaklah , bukan gaduh pakai mulut ; lain makna tuh . Bhahaha :D
" Hei kau , kau gelisah resah tak menentu selebet je ni apahal ? senyap muram durja je . Biasa layan gelak kau "
" hai , apa nasiblah aku nih semenjak - menjak ni kawan oii, sakit kepala aku fikirkan balak aku tuh. tak habis - habis Dia kata aku curang , padahal member je . Aku keluar pergi lepak je dengan tooot tu, bukan pergi Hotel ke Motel pun. " jelasku . Entah apa yang dicemburukan sangat antara aku dan toot tuh pun aku tak tahu .
------------------------------------------------------------
Itu cerita aku dengan balak aku . Abaikan dahulu.
Maksud Merajuk .
selalunya digunakan untuk menarik perhatian seseorang atau suatu kumpulan manusia. Apabila ada keinginan berkehendakkan sesuatu tidak kiralah hendakkan barang , perlakuan , perasaan atau siakap . Hah ? SIAKAP . bhaha " sikap " pada seseorang itu mengikut kehendak dan kemahuan kita dan ianya tidak dipatuhi , perlakuan merajuk ini boleh terjadi.
" yela Awang oii... kiteww ajak teman kiteww mesej pun u taknak dah kan . Orang tu dah ada kawan kannn, " ujar Wak merealisasikan unsur merajuknya pada si Awang .
Oke perlakuan rajuk ini normal di kalangan kita tak kiralah sekeras mana hati minah / minah tuh atau setaf / solid molid nya dia . Tetap merajuk gak kalau kena dengan cara dia contohnya dengan awek. Badan ketak, muka parut, ada rantai gantung sini sana macam pokok krismas bak kata heliza dalam syurga cinta tapi bila awek kenselkan dating , tarik muka tak hingat ! merajuk dengan awek sampai muka ganas bertukar lembut serupa platipus . Siap mms muka merajuk dia dekat awek. Nak mintak simpati le tu ( cerita tipu )
Sepanjang 22 tahun aku hidup ni , macam - macam jenis merajuk aku jumpa. Kali ni aku nak menjelaskan tentang merajuk yang pernah aku alami atau hadapi sama ada dari jiwa kecil aku sendiri ataupun pengalaman melihat orang sekeliling aku .
-----------------------------------------------------------
1. Merajuk " TACING " ( lembut hati )
merajuk tacing ini ialah jenis merajuk yang paling senang kita jumpa . Jenis merajuk sebegini ialah merajuk pada benda - benda kecil sahaja. Biasa ditemui pada perempuan dan kaum hawa. Buat salah sedikit je dah tarik muka , kira benda - benda kecik lah macam kes - kes terlupa , terlepas pandang , salah gurau dan macam - macam lagi . Dalam persahabatan selalu terjadi . Jenis orang MUDAH TACINGla senang cakap (like me -.-) Semua benda kalau tak kena dengan gaya dia , memang tacingla tak sudah.
*rileks dan jangan risau , merajuk sebegini sekejap sahaja . Biarkan dia kejap, nanti dia yang tegur kita.
2. Merajuk " HARUK " ( gila )
Merajuk yang jenis kerja nak terjerit terlolong je dan tak penyabar punya manusia . Kebiasaannya lelaki yang tacing macam ni , tapi perempuan juga tidak terlepas kerana tacing ini lebih menarik perhatian sama ada pada si pelaku kesalahan itu ataupun perhatian member - member sekeliling yang rasa nak terajang je pakai siku kat buku lali dia.
merajuk ini dipengaruhi perasaan marah dan biasanya orang bercinta merajuk gaya ini . Kan3 (:
nak dipendekkan kisah , merajuk sebegini biasanya terbawa - bawa sampai semua benda nampak salah je bila dia tengok .
" Yela ! aku jela yang salah! kau je yang betul ! yang buruk nye datang dari aq . huhhh !! " contoh ayat haruk dalam merajuk.
nak setelkan ni kena pujuklah sendiri yerk guna cara masing - masing . Senang pujuk kalau kena cara tapi kalau silap , boleh makan kaki ataupun sup tangan 5 .
*AMARAN: Jangan bergurau dengan along dil .
3. Merajuk " SESUKA " ( wokluu lah sesaje )
Merajuk ni ialah jenis merajuk gedik yang biasa terjadi dalam kisah cinta ataupun sesama member . Niatnya ikhlas dan tulus hanya kerana ingin menarik perhatian seseorang ataupun sekelompok manusia itu . Point dia merajuk amat - amat ringan dan janji boleh je . Korang pernah bercinta ? pernah sesaje merajuk ? Yang perempuan mesti ada yang pernah punya . Hahaha . Oke2 ngaku jela -.-
kadang best melayan merajuk macam ni sebab nampaklah macam sweet kan, tapi kadang - kadang rasa nak cabut je pankreas baru dia tahu erti penyesalan ! HAHA ( gelak kejam giler babi )
4. Merajuk " HANJING " ( annoying macam haram )
merajuk sebegini ialah merajuk yang tidak bertempat yang boleh menimbulkan sakit hati yang amat . Aku ambil contoh senanglah , katakan ada satu kapel ni bercinta kan antara Mat dan Mina.
Kota Tinggi , Johor - Mat sudah berjanji dengan aweknya Mina untuk keluar makan bersama sesudah maghrib tetapi Mat terpaksa membatalkan temujanjinya kerana ingin menghantar emaknya ke klinik kerana virus kencing tikus . Segala keadaan sudah diterangkan pada si Mina di atas kesulitan yang amat dikesali itu tetapi Mina dengan rileknya memberikan ayat tacing mengharap dipujuk. Jangkaannya meleset rupanya. Mat menghantar MMS muka dia senyum sambil mengangkat tangan seperti sedang berikrar. Di bawah gambar ada kata - kata keramat darinya :
" Antara emak saya dan awak, pastinya emak saya diberi keutamaan. Kau nak merajuk, pergi mampus. Dah, esok saya nak cari awek baru. Fak u. "
ok, situasi dah terbalik. Si awek pula kena pujuk. Lantaklah korang , malas aku masuk campur. Sesuka aku je reka cerita tipu.
Lebih Lanjut! : Tunggu mud ada :) Ehehehe ~
No comments:
Post a Comment